Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Malam ni dah masuk hari ke 17 berpuasa. Sebelum pergi berterawih tadi, sempat la 2 game aku tengok antara Lee Chong Wei dan Lin Dan final Olimpik tadi. Tidak dinafikan, persaingan sangat sengit. Beza mata pun satu je. Tapi takpe, Datuk tetap di hati rakyat Malaysia. *ala kau ni Cik Kekura, mesti sebab nak dapat Baskin Robbin free kan?-eh, tak! tak!
Sampai kat surau tadi, aku sempat menjeling kat bahagian lelaki, hanya ada satu saf sahaja. Dan di bahagian wanita pula, hanya ada satu saf dan 2 orang saf ke dua Terfikir gak, takkan sebab olimpik kot. Tapi kita anggap je la dorang balik cuti kat rumah memandangkan esok cuti nuzul Al-quran *husnuzon weh*
Bercerita mengenai Al-Quran, cita-cita aku untuk khatam satu Al-quran macam hanya tinggal angan2 je. Aku baru habiskan 7 juzuk. T.T Biasa la, perempuan wooo, ade cuti-alasan!
Yang pasal cuti satu, satu lagi aku mulai rasa kepenatan bekerja. Memandangkan aku paling kecik antara ahli group aku, jadi aku sorang je muat masuk antara seat kat cabin tu. Dahla panas, takde aircond!-Jangan mengeluh la Cik Kekura! Dan aku rasa, Ramadhan kali ini, sangat sangat dan sangatlah mencabar bagi aku. Dahla tak sempat berbuka dengan family kat ganu sebab kerja ni~ *sobs.
Jadi aku seru semua, jom tambahkan amalan kita pada 13 hari terakhir ni. Tak sampai 13 hari pun sebenarnya. Minggu depan nak gi jejalan dengan akak aku. *yihaaaa!
No comments:
Post a Comment