Wednesday, 4 January 2012

Kualiti! Bukan kuantiti!

Selamat pagi.
Ternyata ini pagi yang indah pada tahun 2012 memandangkan kat ganu ni sentiasa hujan mutakhir ini.
Alhamdulillah.
Sekolah dah dibuka, cikgu-cikgu dah kembali bekerja. Pelajar-pelajar dah kembali ke tempat belajar masing- masing.


Tiba-tiba je aku teringat semasa majlis kahwin sepupu aku dulu (3 tahun lepas), aku berkenalan dengan seorang mak cik ni, seorang yang boleh aku katakan sebagai warak..

 Mak cik ni terlibat dengan majlis kahwin sepupu aku tu.
Masa tu, aku baru lepas berwudhu' dan nak menunaikan solat zohor.

aku        :   mak cik,nak pinjam telekung solat boleh?

mak cik  :   hmm...(sambil lipat telekung solat dia sebab dia baru je lepas solat),awak 
                  pinjam telekung mak cik sufiah (adik dia) la..

aku        :  (sambil terkejut tapi pandai2 cover) ok2..nanti saya tanyakan dulu..


Lepas itu aku pun gi la tanya Mak Cik Sufiah tu, dan dia bagi kebenaran nak guna telekung solat dia. Dan aku pun masuk la dalam bilik balik.

mak cik   :    dah tanya dah?
aku         :    dah mak cik. (sambil tersenyum)..

Aku pun solat. Setelah selesai solat, mak cik tu tiba-tiba tegur aku.


""Maaf ya nak,mak cik bukan taknak bagi pinjam, tapi walau anak mak cik
pun  mak cik tak bagi tau. Sebab mak cik nak betul-betul bersih semasa mengadap     ALLAH..Mak cik pastikan mak cik mandi dulu setiap kali sebelum nak solat.. Pakai baju bersih. Mak cik taknak mengadap dalam keadaan berpeluh walaupun peluh tu bukan najis tapi mak cik nak buat yang terbaik semasa buat ibadah. even nak gi mengadap raja pun kite pakai baju baru,bersih- bersih,wangi-wangi... jadi, darjat ALLAH jauh lagi tinggi dari raja, jadi kena   buat dengan lagi baik la...maaf ya nak.."



aku            : Eh,takpe mak cik. Saya faham.. Terima kasih ya mak cik...(sambil tersenyum)

mak cik     : Sama-sama..bukan mak cik taknak bagi tau!(senyum)

aku             : Eh,takpe2.. Saya tahu mak cik.. (senyum lagi)

Lepas itu,tiba-tiba anak perempuan die masuk bilik tu..

anak perempuan          :  Assalamualaikum...

aku dan mak cik           :  Waalaikumussalam..

mak cik                           :  Dah solat belum nani?

anak perempuan             : Belum,ni nak gi mandi la ni mak.

mak cik                             :  Ok2...

aku                                     : (dalam hati:pandai mak cik ni didik anak dia).


Tiba-tiba, aku merasakan aku ni kerdil sangat. Terkedu bila mak cik tu explain macam tu...Terasa ibadah aku buat ni bukan lah yang terbaik yang mampu aku buat. Dan aku teringat mama pernah bercerita kat aku yang abah pun buat macam ni jugak.. 






Dan mama pun sentiasa berpesan kat aku,

" Apa-apa ibadah yang kita buat, jangan harapkan ganjaran dari ALLAH, buat dengan ikhlas. kalau ALLAH nak bagi pahala banyak mane pun, itu bukan tugas kita untuk mempersoalkan banyak mana pahala yang ALLAH nak bagi tu. Kalau kita mengharapkan pahala yang berlimpah ruah, ibarat ibadah yang kite buat, hanya harapkan ganjaran semata-mata. Bukan kerana kita tahu dan sedar bahawa,kita ni seorang hamba, yang perlu taat perintah ALLAH dengan ikhlas dan yakin. "

 




Aku pernah baca buku Batu Bata Kehidupan karya Hilal Asyraf, yang mana salah satu tajuk yang dikupas ialah  ' Ahsanu,bukan Aksaru. '

ahsanu :terbaik
aksaru  :terbanyak


Contoh paling dekat, solat 5 waktu. Adakah kita merasakan kita dah mendirikan solat sehabis baik mungkin? aku petik ayat dalam buku tersebut,

'Kita membaca surah Al-Fatihah tanpa penghayatan, kita bergerak laju dari satu pergerakan ke satu pergerakan. Kadangkala kita bertarung pula dengan masa, hendak habis solat awal. Ada masa kita sengaja pula lewat - lewatkan solat kita. Itu belum dikira lagi khusyuk kita dalam solat, tumpuan kita kepada Allah. Hati pula, berbolak-balik daripada keikhlasan kepada menunjuk -nunjuk. Tambah pula apabila kita ini merupakan seorang imam, dan orang puji pula suara kita sedap dan sebagainya. "

Kita tidak perlu tergopoh gapah dalam memperbanyakkan amal kita. Realiti pemikiran masyarakat kita, yang terbiasa mengukur sesuatu dengan bilangan. Nampak orang yang solat bermacam-macam jenis solat, banyak pula rakaatnya, terus sahaja kita katakan dia lebih baik daripada orang yang hanya solat fardhu sahaja.

aku ambik potongan ayat 2 dari surah al-Mulk,
"....untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya. "

ingat,kualiti! bukan kuantiti!


                                                       *gambar ambik kat google*

p/s: takleh nak edit bagi tersusun sikit. harap maaf.

No comments:

Post a Comment